Wednesday, January 28, 2009

pahlawan berisi babi





Semalam aku menghabiskan malam yang membosankan kerana aku malas nak buat sketching ataupun assignment yang melambak-lambak dengan melepak dikedai makan berhampiran rumah aku. Sambil-sambil melepak, rakan sekolah datang dan menonton cerita cina dikedai tersebut.

Masa berjalan dengan pantas dan aku agak kebingungan kerana tiba-tiba kawan aku bercerita tentang peragut yang meragut telefon bimbitnya beberapa bulan yang lalu dan aku langsung tidak tahu kerana lama tidak berjumpa. Dan kami terus membincangkan macam mana terjadinya genjala ini. Ada yang mengatakan aspek "dadah yang memberanikan mereka bertindak aggresif", ada juga yang mengatakan bahawa " memang mat rempit begitu" dan aku tidak tahu punca kejadian ini berlaku. Bagi aku ini mungkin faktor ekonomi dunia yang sedang jatuh tahun ini. ini hanyalah pandangan aku sahaja.

Selepas itu, salah seorang rakan aku yang mengatakan bahawa rakannya yang berhadapan situasi dirompak oleh mat-mat rempit. dia mengatakan rakannya mempunyai saka beruk dan menghadap beberapa orang yang cuba meragutnya dan menang. lalu dalam fikiran aku berasa hairan dan kenapa dipilih beruk. hahaha..aku bertanya "ada ke yang macam itu?" dan sepantas kilat rakan aku mengatakan "ya la". dia mengatakan bahawa ramai yang sudah ada saka berbagai haiwan dan babi pun ada(agak-agak kalau babi pink mesti mereka kelihatan chumelkan?). lalu aku mentertawakan orang yang sebegitu rupa. Dia menjelaskan lagi, selalunay yang dah masuk pekida yang banyak mengambil ilmu sebegitu untuk bergaduh(aku tidak tahu samada betul atau tidak dan kawan aku kata dipernah nampak live). patut la, aku tak hairan la kalau mahluk sebegitu yang mengambil saka. kononnya arak,zina,maksiat,tatu dan lain-lain haram. dan benda sebegini dikatakan halal?.boleh jalan da...

hahahahha.....hahah...hahaha
bodohnya manusia sampai tidak mampu berfikiran rasional untuk hidup...balik-balik gaduh..lepas itu keluarkan saka dalam badan supaya menang...lepas itu raikan kemenangan yang bacul itu!..hahahaha..hahaha

sakit perut aku gelak aje....

Monday, January 19, 2009

dari mata melalui otak, lalu ke tangan dan ke kertas


sehari yang membosankan aku mengambil langkah untuk melukis satu potrait salah seorang lagenda iaitu mahatma ghandi. ini salah satu latihan untuk aku kerana sudah lama aku tidak meringankan tangan yang agak lama tidak melukis. aku tak expect aku dapat lukis dengan perfect sebab aku baru je berjinak-jinak mengunakan charcoal. dulu aku pernah guna, tapi agak lama aku tak mengunakannya. harap aku dapt buat dengan lebih baik lagi. tak apa, aku akan mengupgradekan skills aku dan aku akan post banyak lagi.aku akan post artwork-artwork lama aku.teori-teori ghandi juga hebat kerana kesejahteraan adalah keutamaan dan lain-lain lagi.

Saturday, January 10, 2009

doomsdays news





kekejaman si yahudi ini makin berleluasa dan segerombolan-gerombolan negara arab atau islam pula yang menonton dan hanya memberi duit dan sumber harian. bukan salah, tetapi nyawa yang tergadai dan bukan makanan atau mahupun tanaman. aku juga mampu menonton kerana aku tak punyai apa-apa dan punyai apa-apa kuasa. tetapi mereka yang mempunyai kuasa pun tidak mampu bertindak mahupun berbuat apa-apa. aku kecewa kerana negara arab banyak yang berdiam diri, maksud aku tidak bertindak menolong dari segi pertahanan. israel itu cuma cebisan-cebisan hingus dari negara arab yang dimana kaum yang telah lama menduduki bumi ALLAH ini. mereka telah wujud dizaman nabi lagi. mungkinkah ini yang dikatakan didalam quran dimana petanda-petanda kiamat?. aku pun tak tahu dan bersediakah aku menerima pengakhiran dunia ini?. apa pun aku mesti menerima ketetapan dari ilahi dan bertaubat atau apa pun kerana aku seorang muslim. aku bukan marah apa yang disumbangkan oleh manusia seperti cek yang besar2 dan makanan dan ubat-ubatan.aku menyokong kerana prihatin dan berhati mulia.semoga tuhan menerima doa-doa dari hambanya dan lakhnatlah israel yang perkosa palestin.amin!