Thursday, December 18, 2008

kau curi rejeki aku!

sementara aku tidak ada kerja yang mahu dibuat, memandangkan cuti dan tiada pekerjaan dan cuti hanyalah sebentar sahaja dan aku mengorak langkah untuk menulis dari mengelepet didepan kaca tv dirumah kerana itu boleh menanbahkan berat badanku dan pemikiran tidak bergerak.disamping melepak dirumah kawan ku, dengan ehsan beliau aku dapat menulis apa yang terlintas difikiran.dan aku ingin berkongsikan apa yang aku tontoni semalam dikaca tv. didalam rancangan tv3 semalam, ada satu topik tentang warga asing yang bertempat dimalaysia untuk berlindung akibat kejadian tsunami lepas. mereka diberi kad pengenalan diri sebagai orang asing dan diberi peluang untuk berniaga supaya dapat menyara keluarga.disebalik itu, krew tv ini menanyakan soalan kepada rakyat malaysia.oh..aku hampir terlupa.mereka hanya menanyakan kepada oran melayu.merek begitu marah kerana mereka tidak boleh berniaga ataupun pelarian tersebut lagi banyak pendapatan dari mereka atau sebaliknya.sesudah topik itu habis aku menanyakan soalan kepada diriku. adakah mereka(orang-orang melayu) yang malas ataupun hak mereka diambil?.

tapi aku merasakan bahawa mereka(pelarian) tidak bersalah kerana mereka perlu mencari makanan dan susah untuk menyara kehidupan dimalaysia berbanding dengan negaranya.selain itu, kerajaan telah memberi kebenaran kepada mereka untuk mencar rezeki yang halal.bagi aku, orang melayu sendiri yang tidak tahu untuk bangun dan memajukkan diri mereka sendiri kerana asyik mermatabatkan ketuanan dan hak-hak mereka.kita lihat seperti uitm dimana menteri besar selangor mahu membuka 10% peluang belajar kepada kaum bukan bumiputra.tetapi mendapat tentangan yang hebat lalu pelajar memprotes.dah la protes, lepas itu tiada tindakkan kepada pelajar-pelajar yang membuat demo ini.bukan ke kerajaan dah buat akta dimana pelajar tidak boleh berdemotrasi?.ini menampakkan kaum melayu takut akan kehadiran pelajar kaum-kaum lain.itu menyebabkan aku bingung kenapa dibantah cadangan itu.tidak pun takut kaum lain akan merangkuli semua anugerah ataupun carta kejayaan?aku bukanlah pro kepada mana-mana pihak dan ramai lagi sahabat-sahabat aku berpendapat sebegini.

cuma aku kecewa dengan bangsa aku yang tak maju-maju kerana terlalu pentingkan ketuanan dan martabat mereka sebagai bumiputra dinegara ini.macam mana kaum lain tak sapu dulu ekonomi dinegara ini.tidak semua kaum melayu yang berfikiran sebegitu.tapi untuk mencapai 50% aku rasa susah kerana mereka terlalu memikirkan status bumiputra.cubalah pikirkan mana yang boleh membentuk minda supaya berkembang dan berfikir sebagai manusia yang bertamadun dan kehadapan bersama teknologi yang terlalu banyak yang aku tidak ketahui. hah..haha...

No comments: