Wednesday, December 17, 2008

berkayuh bersama trend atau sebaliknya?


Apabila aku berkayuh kemana-mana disekitar KL, ramai yang menanyakan aku soalan cepuk emas.antaranya, "weh,ko jangan la ingat malaysia ini jepun.", " gile kau nanti bau la satu badan." dan lain-lain lagi la(kebanyakkan soalan ini disoal oleh melayu kental).pening jugak nak menjawab.tapi kadang ada jugak yang mengatakan aku mengikut trend.aku terpinga-pinga jugak nak menjawab.aku "YA" kan aje soalan macam tu.kalau ada yang menanyakan lagi aku cakap aa..sebab masyarakat malaysia suka akan TREND yang baru dan buat sesuatu dengan mengikut trend tanpa berfikir.

bagi aku, aku berbasikal sebab aku rasa tak mampu untuk mengisi minyak motor yang agak nazak itu.(masa minyak mahal).lagi pun aku merasakan yang malaysia ini perlukan perubahan.bila minya naik semua rakyat naik train tetapi ada jugak yang mersakan malu atau pun tiada class untuk semua itu. ok la, tak banyak sangat la pencemaran berlaku.bila semua orang naik train pulak ramai yang tak mengunakan akal dan fikiran. aku lihat perangai manusia-manusia yang berbaju kemeja ,seluar SLACK, dan berbeg yang agak mahal ,tidak tahu untuk beratur dan berebut untuk memasuki train dan mendapat tempat duduk tanpa memikirkan orang tua mahupun wanita hamil.

berbalik kepada trend tadi, aku sanggup untuk menerima tanggapan trend kerana apabila masyarakat tahu mereka akan terjebak kerana ini lah culture kita dan terutamanya orang-orang melayu.bukan aku nak fuck the system ataupun anti-kapitalis, tapi mewujudkan suasana dimana aku inginkan malaysia bersih dari asap-asap kenderaan ini.tetapi aku bukan mengharapkan 0% kepada pembawaan kenderaan seperti motor atau kereta.dan aku masih mampu memikir situasi hujan, membawa barang yang agak besar dimana aku selalu melalui situasi ini dan lain-lain.aku tidaklah membawa sebarabg ideology atau mana-mana fahaman untuk berbasikal dan bagi aku itu semua tidak perlu kerana kita perlukan kesejahteraan.

aku tak melarang sesiapa untuk membawa ideology dan mungkin aku boleh terima jika ia kena dengan cara yang betul dan relevan untuk diguna pakai pada zaman ini. Dan untuk melaksanakan sesuatu perlu tahu apa yang dibuat dan bukan mengikut trend.jika ini berlarutan hancur pemikiran bangsa kita.aku malas nak sentuh bangsa aku yang tinggal jauh kebelakang yang mahukan hak ketuanan mereka.hahaha...kelakarkan?


jadi aku merasakan terpulang kepada individu tersebut untuk membuat pilihan kerana bagi aku, aku mempunyai masalah ekonomi peribadi dan ingin menjaga kesihatan aku serta enviroment yang sudah tercemar dan dicemari lagi oleh manusia-manusia kaya yang berkasta ini. jika nak berkayuh jangan khuatiri ditangkap polis dan dibakar basikal. hahahah...hahahah...pedulikan si bodoh yang tak ada kerja nak buat.balik-balik ascott menteri, balik balai, petang pergi minum kopi kat warung yang tak terbuka dan balik rumah.jangan takut..kayuh!

No comments: