Thursday, July 16, 2009

darjat ke darjah?

setiap negeri mempunyai perlambangan sendiri..mungkin setiap negeri mengikut sejarahnya ataupun mitos-mitosnya.itu aku tak peduli pun kerana aku tak dapat apa-apa benefit pun dari perkara tersebut.



pada 2 bulan lepas aku membuat satu artwork untuk pameran terbuka selangor. aku buat karya wajah sultan selangor yang terkini..nampak macam proses pengampunan tapi aku mengikut kata-kata guru ku. so aku buat la dengan last minute nya....dalam pameran ini di berikan 5 handiah inensif bagi karya yang terpilih oleh panel-panel hakim.



aku tak mengharapkan pun sebarang duit ataupun hadiah kerana aku masih merasakan au tidak layak untuk menerimanya..aku masih baru dalam bidang nie..macam sperm yang belum terlepas untuk mencari ovum..heheh...



tapi aku marah kerana aku dimarah disebabkan lambang kerdarjatan nya..aku tak buat..ini penting katanya..dalam hati aku peduli ape aku..hahahha...penting ke mereka nie?

bagi aku aku buat lukisan nie bukan untuk jadi seseorang yang terkenal,duit yang banyak,mengampu-ampu dan memikat wanita yang menggangap ia adalah trend...(ramai tau sekarang)..kehkeheh...

*p/s:gambar lambang2 tersebut aku x dapat upload..problem la.

Saturday, May 23, 2009

filem basikal !


Dengan menghadapi kebosanan dirumah. Aku buka lah internet untuk mencari maklumat ...tak pun ada lah perkembangan dunia yang terbaru...lalu aku jumpe satu laman web www.filmedbybike.org..ada beberape filem pendek di dalam laman web tersebut.try la layan..style!...

Saturday, May 16, 2009

RIDE OF SILENT -KUALA LUMPUR, MALAYSIA



20 haribulan May 2009,
7 malam(dtg awal skit beb)
Central Market, Annexe.
Ride of Silence adalah satu hari berbasikal memperingati mereka yg samaada mati atau terlibat dalam kemalangan semasa berbasikal di jalanraya. Setiap penunggang basikal berbaju putih dengan helmet akan menunggang basikal masing2 dengan mengikat kain hitam di lengan; solidariti terhadap penunggang basikal yg lain dan memakai kain pengikat merah bagi yg pernah jatuh/kemalangan.
Pertama kali di anjurkan di Dallas Amerika pada tahun 2003, di anjur oleh Chris Phelan selepas penunggang basikal bernama Larry Schwartz telah mati di langgar sebuah bas(terkena bahagian cermin sisi).
Ride of Silence adalah berbasikal bebas dengan meminta penunggang mengayuh basikal kurang dari 12 batu sejam dan secara senyap sepanjang berbasikal. Tiada brochure, tiada sponsor, tiada yuran pendaftaran. Acara ini di harap dapat memberi kesedaran terhadap pengguna kenderaan lain seperti motosikal, kereta, bas dll serta polis dan pihak pengurusan bandar bahawa pengguna basikal juga punya HAK yg SAH ke atas jalan awam. Acara ini juga adalah cara kita memberi penghormatan kepada mereka yg terbunuh atau terlibat dalam kemalangan semasa berbasikal di bandar.
Cerita bahawa berbasikal di bandar adalah berbahaya semata-mata satu cerita karut lagi tahyul serta menyesatkan , ia menjadi berbahaya kerana kita dikelilingi mesin2 berupa sangkar besi yg selama ini telah memisahkan pemandunya dengan kemanusiaan, bergerak ganas tanpa mempedulikan penguna basikal seperti kita.

Wednesday, May 6, 2009

painting terbaru

raikannya-mix media on 3`x 3`-2009




aku baru menyiapkan satu painting..aku tak tahu nak cakap best ke tak sebab aku kene ikut tema assignmnet yang diinginkan oleh aswara..bwuek...hahahah..gambar ini tak jelas sangat sebab aku tak gantungkannya.nanti aku upload yang terbaru yang lebih clear lagi.

sketches

sketch-sketch terbaru untuk painting......








Sunday, April 12, 2009

artwork lagi!

keliru atau tak mahu?-acrylic on canvas(2`x 2`)-2009


ini adalah assignment aku. tapi penghasilannya masih kurang dan ini bukan lah keputusan yang aku nakkan.tapi nak buat macam mana deadline dah tiba..so hantar je sebab work nie akan dihantarkan di 1st mail art festival..lukisan ini pun dah duduk dalam gallery. tapi aku tak puas la sebab x cantik..x cantik tu lain kirannya tapi aku rasa work aku tak cukup storg enough. sekarang nie aku sedang membikin satu lagi dan aku akan belajar dari kesilapan yang aku buat ini.

Friday, March 27, 2009

new artwork!


time in time- acrylic on a4 paper


hrm...ini adalah salah satu artwork yang terbaru. ini adalah wajah-wajah pemimpin komunis yang aku ambil dari google sebagai reference. dan aku applykan style aku..mungkin macam ANDY WARHOL...tapi bukan aku cuma mendapat idea bila aku selak-selak buku bilbionya. dan ini lah resultnya. sebenarnya aku nak hantar ke pameran di canada. tapi terlewat.hehehe...hehehe