Friday, March 27, 2009

new artwork!


time in time- acrylic on a4 paper


hrm...ini adalah salah satu artwork yang terbaru. ini adalah wajah-wajah pemimpin komunis yang aku ambil dari google sebagai reference. dan aku applykan style aku..mungkin macam ANDY WARHOL...tapi bukan aku cuma mendapat idea bila aku selak-selak buku bilbionya. dan ini lah resultnya. sebenarnya aku nak hantar ke pameran di canada. tapi terlewat.hehehe...hehehe

Wednesday, March 25, 2009

25/03/09: malam yang menjengkelkan

ketika aku baru lepas membersihkan diri, lalu aku menekan punat tv untuk merehatkan otak yang stress dengan ilmu-ilmu yang terlebih.(bodoh jugak).hehehe..hehehe..bila tv menyala, visual yang menjengkelkan muncul iaitu perhimpunan agong umno..wtf?...gile publisiti..!.

aku tidak menukarkan siaran lain sebab aku nak tengok mangkuk-mangkuk ini memekak dan melolong. suasana sudah bertukar macam zoo..hahah...hahaha...pelbagai ikrar yang dilaungkan."pertahankan maruah melayu!", "mengembalikan dan memastikan keamanan!".
tuih...tuih...tukang karut..siamang!..dengan megahnya mengagong-agongkan bakal perdana menteri..bodoh!..

aku membebel nie bukan la aku pro mana-mana pihak dan aku bukan aktivis politik..tapi orang sudah tahu mereka ni pembohong!..

Tuesday, March 24, 2009

boh! rosak-rosak!

aku baru saja balik pada ahad lepas dari terengganu untuk buat bengkel untuk orang-orang sana. tapi aku beruntung kerana tak ada orang..hahah...hahah..dalam keseronokkan.bosan sampai mendayu-dayu kerana aku tidak tahu apa yang mahu dilakukan. dan aku tulis ini bukan untuk menghebohkan yang aku ke terrengganu,buat bengkel.tapi aku mendapat satu pengalaman yang aku rasa boleh berkongsi. dalam show misi seni aswara.

mereka membuat screening projek akhir pelajar-pelajar 2007. dua buah filem pendek ditayangkan burbp dan qalam. selepas tayangan burp selesai qalam pula yang akan ditayangkan. mula-mula aku kurang paham tetapi lama kelamaan baru masuk dari mata lalu ke hati dan tiba di otak. seorang sami buddha yang mencari kebenaran tuhan dengan menyebut "al-lah". sami tersebut ke semua rumah ibadat dan di halau. yang aku tak boleh tahan iaitu apabila di masjid. seorang orang masjid menghalau beliau keluar dan menutup pagar masjid tersebut.lalu mengatakan" islam! melayu!.". selepas babk itu, aku tergelak sakan. aku setuju dengan idea pembikin filem tersebut.

tengah aku bergelak sakan keluar suara.."boh..rosak..jahanam...melayu jadi sami?melayu nih..dia nie mesti dah rosak..mak bapak mesti dah tak boleh buat apa-apa dah!.". aku pandang mamat tengganu nie..dalam hati aku.."ape hal la mamat nie?..sempit nye otak dia nie..!". dia tak berhenti membebel lagi. aku malas layan orang mcm nie dan aku kesian dia tak ada pendedahan meluas. sempit macam keropok lekor otak dia..memandangkan dia tua..aku hormat la dia sebab aku di tempat orang lagi pun..kejap lagi tak balik aku ke KL.

daripada pengalaman aku malam itu, aku merasakan mereka yang berfikiran macam begini patut di beri pendedahan tentang hal-hal dunia. bagi aku filem pendek qalam ini mengkias orang melayu dan menyatakan islam itu agama universal dan orang melayu bukan lah semestinya islam. dan cerita ini juga menunjukkan asal usul orang melayu yang dulunya menganut agama buddha. tapi mereka tak nampak di dalam filem ini. mereka hanya nampak bahawa pelakon melayu yang memainkan watak seorang sami buddha. dan menyatakan haram!...korang nie islam sebab latar keluarga islam ke ape?. korang tak memahami isi quran ke?. bangunlah woi!..