Thursday, December 18, 2008

kau curi rejeki aku!

sementara aku tidak ada kerja yang mahu dibuat, memandangkan cuti dan tiada pekerjaan dan cuti hanyalah sebentar sahaja dan aku mengorak langkah untuk menulis dari mengelepet didepan kaca tv dirumah kerana itu boleh menanbahkan berat badanku dan pemikiran tidak bergerak.disamping melepak dirumah kawan ku, dengan ehsan beliau aku dapat menulis apa yang terlintas difikiran.dan aku ingin berkongsikan apa yang aku tontoni semalam dikaca tv. didalam rancangan tv3 semalam, ada satu topik tentang warga asing yang bertempat dimalaysia untuk berlindung akibat kejadian tsunami lepas. mereka diberi kad pengenalan diri sebagai orang asing dan diberi peluang untuk berniaga supaya dapat menyara keluarga.disebalik itu, krew tv ini menanyakan soalan kepada rakyat malaysia.oh..aku hampir terlupa.mereka hanya menanyakan kepada oran melayu.merek begitu marah kerana mereka tidak boleh berniaga ataupun pelarian tersebut lagi banyak pendapatan dari mereka atau sebaliknya.sesudah topik itu habis aku menanyakan soalan kepada diriku. adakah mereka(orang-orang melayu) yang malas ataupun hak mereka diambil?.

tapi aku merasakan bahawa mereka(pelarian) tidak bersalah kerana mereka perlu mencari makanan dan susah untuk menyara kehidupan dimalaysia berbanding dengan negaranya.selain itu, kerajaan telah memberi kebenaran kepada mereka untuk mencar rezeki yang halal.bagi aku, orang melayu sendiri yang tidak tahu untuk bangun dan memajukkan diri mereka sendiri kerana asyik mermatabatkan ketuanan dan hak-hak mereka.kita lihat seperti uitm dimana menteri besar selangor mahu membuka 10% peluang belajar kepada kaum bukan bumiputra.tetapi mendapat tentangan yang hebat lalu pelajar memprotes.dah la protes, lepas itu tiada tindakkan kepada pelajar-pelajar yang membuat demo ini.bukan ke kerajaan dah buat akta dimana pelajar tidak boleh berdemotrasi?.ini menampakkan kaum melayu takut akan kehadiran pelajar kaum-kaum lain.itu menyebabkan aku bingung kenapa dibantah cadangan itu.tidak pun takut kaum lain akan merangkuli semua anugerah ataupun carta kejayaan?aku bukanlah pro kepada mana-mana pihak dan ramai lagi sahabat-sahabat aku berpendapat sebegini.

cuma aku kecewa dengan bangsa aku yang tak maju-maju kerana terlalu pentingkan ketuanan dan martabat mereka sebagai bumiputra dinegara ini.macam mana kaum lain tak sapu dulu ekonomi dinegara ini.tidak semua kaum melayu yang berfikiran sebegitu.tapi untuk mencapai 50% aku rasa susah kerana mereka terlalu memikirkan status bumiputra.cubalah pikirkan mana yang boleh membentuk minda supaya berkembang dan berfikir sebagai manusia yang bertamadun dan kehadapan bersama teknologi yang terlalu banyak yang aku tidak ketahui. hah..haha...

Wednesday, December 17, 2008

berkayuh bersama trend atau sebaliknya?


Apabila aku berkayuh kemana-mana disekitar KL, ramai yang menanyakan aku soalan cepuk emas.antaranya, "weh,ko jangan la ingat malaysia ini jepun.", " gile kau nanti bau la satu badan." dan lain-lain lagi la(kebanyakkan soalan ini disoal oleh melayu kental).pening jugak nak menjawab.tapi kadang ada jugak yang mengatakan aku mengikut trend.aku terpinga-pinga jugak nak menjawab.aku "YA" kan aje soalan macam tu.kalau ada yang menanyakan lagi aku cakap aa..sebab masyarakat malaysia suka akan TREND yang baru dan buat sesuatu dengan mengikut trend tanpa berfikir.

bagi aku, aku berbasikal sebab aku rasa tak mampu untuk mengisi minyak motor yang agak nazak itu.(masa minyak mahal).lagi pun aku merasakan yang malaysia ini perlukan perubahan.bila minya naik semua rakyat naik train tetapi ada jugak yang mersakan malu atau pun tiada class untuk semua itu. ok la, tak banyak sangat la pencemaran berlaku.bila semua orang naik train pulak ramai yang tak mengunakan akal dan fikiran. aku lihat perangai manusia-manusia yang berbaju kemeja ,seluar SLACK, dan berbeg yang agak mahal ,tidak tahu untuk beratur dan berebut untuk memasuki train dan mendapat tempat duduk tanpa memikirkan orang tua mahupun wanita hamil.

berbalik kepada trend tadi, aku sanggup untuk menerima tanggapan trend kerana apabila masyarakat tahu mereka akan terjebak kerana ini lah culture kita dan terutamanya orang-orang melayu.bukan aku nak fuck the system ataupun anti-kapitalis, tapi mewujudkan suasana dimana aku inginkan malaysia bersih dari asap-asap kenderaan ini.tetapi aku bukan mengharapkan 0% kepada pembawaan kenderaan seperti motor atau kereta.dan aku masih mampu memikir situasi hujan, membawa barang yang agak besar dimana aku selalu melalui situasi ini dan lain-lain.aku tidaklah membawa sebarabg ideology atau mana-mana fahaman untuk berbasikal dan bagi aku itu semua tidak perlu kerana kita perlukan kesejahteraan.

aku tak melarang sesiapa untuk membawa ideology dan mungkin aku boleh terima jika ia kena dengan cara yang betul dan relevan untuk diguna pakai pada zaman ini. Dan untuk melaksanakan sesuatu perlu tahu apa yang dibuat dan bukan mengikut trend.jika ini berlarutan hancur pemikiran bangsa kita.aku malas nak sentuh bangsa aku yang tinggal jauh kebelakang yang mahukan hak ketuanan mereka.hahaha...kelakarkan?


jadi aku merasakan terpulang kepada individu tersebut untuk membuat pilihan kerana bagi aku, aku mempunyai masalah ekonomi peribadi dan ingin menjaga kesihatan aku serta enviroment yang sudah tercemar dan dicemari lagi oleh manusia-manusia kaya yang berkasta ini. jika nak berkayuh jangan khuatiri ditangkap polis dan dibakar basikal. hahahah...hahahah...pedulikan si bodoh yang tak ada kerja nak buat.balik-balik ascott menteri, balik balai, petang pergi minum kopi kat warung yang tak terbuka dan balik rumah.jangan takut..kayuh!

Monday, December 15, 2008

basikal mengancam negara?

Sebanyak 23 orang perserta berbasikal ditangkap didalam rakyat pengayuh perubahan anjuran jerit.dah la kene tangkap, lepas tu dibakarnya harta-harta rakyat yang inginkan perubahan nie.aku bukanlah ahli mana-mana badan NGO nie.tapi aku pengayuh yang merasakan terhina dengan pembakaran basikal-basikal mereka kerana titik peluh yang harus dikorbankan demi mendapatkan basikal tersebut.macam mana rakyat nak respect kepada anjing-anjing yang sering menjilat bontot-bontot PM.aku bukan nk menghasut rakyat-rakyat memberontak.rakyat akan sendiri sedar akan kalutnya MALAYSIA ini.makin maju makin x rasional(x de la maju mana).salah ke rakyat meminta apa yang dirasa melalui dengan cara yang aman?.kata demokrasi.so,bila rakyat bertindak mula la goyah.aku mulai perasan pengayuh makin bertambah diKL.dan ini beruat baik kerana rakyat dah mula sedar yang taraf hidup dah tinggi tapi rakyat susah. so udara bersih rakyat sihat.